ellyna's diary: The Return Of Superman ... Kawaii

Monday, 6 April 2015

The Return Of Superman ... Kawaii

Assalamualaikum dan hai .

 Dangsin-i eolmana ?  
كيف حالك
how are you ?
Aku suka gila dia ni . Nama dia Minguk . Serius comel dan sopan . 

Cewahh bajet je ni . Haha Korang pernah dengar tak cerita The Return Of Superman ? Ni bukan cerita or movie omputih tapi ni reality show utk ayah2 yang diberi tugas utk menjaga anak2 dia . Selalunya kaum hawa kan ? Tapi sekarang tidak lagi . Muahahaha Korang rasa boleh ke kaum Adam ni jaga budak kecik ? Boleh ke ? Actually boleh tapi first2 tu susah sikit la lagi2 yang ada anak ramai . Dalam cerita ni , ada yg mempunyai triplets yakni 3 kembar . Gempak gila kan ? Kau hado ! Tapi sekarang dah musim ke-2 . Aku tengok cerita ni sejak musim pertama . Mula2 aku ingatkan cerita apa la . Mana la nak agak kan . Tapi serious la mmg syok gila tengok cerita ni . Lebih2 lagi kalau kau suka budak2 . Serius comel gila . Haha Sekarang ni dah episod 69 . Korang tengoklah tau . Daripada korang layan benda takde faedah baik korang layan cerita ni . Kejap ye aku kasi link .


Ha nilah videonya . Serius melting habis kalau tgk . ><

Walaupon ni cerita pasal budak2 . Tapi kat sini korang boleh belajar macam mana nak mendisiplinkan anak2 tanpa menggunakan rotan . Lepas tu , macam mana nak beriadah and jaga anak dgn caring sekali . Budak2 dalamcerita ada la dalam 2 tahun ke 4 tahun . Tak silap . Waktu2 mcm ni la , Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

Umur 1 tahun anak dah mula belajar perbagai benda, kadang banyak yang anak lakukan itu silap, misalnya tumpahkan air susu, buang makanan dalam pinggan, sepah barang dan sebagainya. Peringkat ini kena banyak sabar. As-sobarru minal iman . Kan2 ?

Korang pon akan terfikir macam mana penatnya mak ayah korang jaga korang but in the end korang tak hormat diorang . Diorang suruh buat itu ini korang melenting . Bla bla bla . Bayangkan macam mana mak korang nak hadapi saat2 nak lahirkan anak . Macam mana penatnya mak sediakan sarapan pagi , bekal korang nak pi sekolah walaupon dia ada pekerjaan . Mak ayah korang sanggup jaga malam sbb korang nangis nak susu . Kesian kan ? Banyak lagi sebenarnya pengorbanan mak ayah . Korang masih lagi nak jadi anak durhaka ? Allahu mintak dijauhkan .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia .
Surah Al-Israa' ayat 23 .
Allah pon ada sambung lagi . Nak tau ?

Dan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : "Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.
Surah Al-Israa' ayat 24 .

Hebat bukan Allah . Semuanya dah disebut di dalam Al-Quran . Tapi kita yg tak sedar . Allahu . Semoga kita berada di dalam kalangan orang2 yg selalu menghormati ibu bapa . Aamiin . 

Oklah sampai di sini je la . Bai2 dan Assalamualaikum ~


No comments:

Post a Comment